Assalamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaath.
Bismillaahirrahmaanirrahiim.
Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala
(bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati
kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain.
Selepas itu, Izrail pun
mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun
berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada
siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagungan-Nya
"Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa."
Ini menunjukkan
kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup,
tidak mati.
Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil alaihis
salam dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh
makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang
Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
Sekalian manusia hidup melalui benih anak Adam
yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang
mereka.
Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji
benih.
Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam
keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu karena pada ketika itu hati
mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka
hadapi kelak.
Lalu datanglah api yang berterbangan dengan
bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat
perhimpunan besar.
Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak
amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi
yang banyak dosa).
Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan
isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari
dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa
cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
Tiba-tiba langit yang
tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih
kepada Allah Subhanahu Wa Taala.
Seluruh makhluk terkejut melihat ukuran
malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
Kemudian matahari muncul semula dengan
kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal
dari atas kepala mereka.
Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya
naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukit hancur dan sungai
menjadi kering.
Lalu mereka merasakan kepanasan dan bermandikan peluh sehingga
peluh mereka menjadi lautan.
Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada
amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
Terdapat satu telaga
kepunyaan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bernama Al-Kautsar yang
mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin saja.
Orang bukan
mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak
akan haus selama-lamanya.
Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu
bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih
putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang
mengalir dari syurga.
Semua ini akan dibuktikan bila waktunya telah tiba . Wallaahua'lam.
Wassalamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.