Assalamu’alaikum
Warahmatullaahi Wabarakaatuh.
Bismillaahirrahmaanirrahiim.
Fenomena biasa bulan Ramadan begitu ramai yang hadir waktu solat Tarawih di masjid namun jumlahnya jauh lebih sedikit waktu solat Subuh.
Sedangkan
dari segi keutamaan dan fadilat, solat Subuh berjemaah jauh
lebih utama berbanding Tarawikh. Disamakan hadis-hadis mengenai fadilat
Subuh berjemaah:
1)
Solat subuh berjamaah sama seperti *pahala solat seluruh malam*. (HR Muslim)
2)
Solat subuh *disaksikan oleh para malaikat siang dan malam*. (HR Bukhari No. 6878
dan 4348)
3)
Apabila seseorang itu tahu akan *kelebihan jemaah solat Subuh dan Isyak di
masjid* ia pasti ia akan usahakan datang *walaupun dengan keadaan merangkak*.
(HR Bukhari)
4)
Dianugerah fadilat besar di dalam Subuh itu ada solat fajar yang keistimewaannya
*melebihi dunia dan seisinya*. (HR Muslim)
5)
Nabi SAW telah mendoakan kerbekahan orang yang bangun Subuh. (Hadis riwayat
Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)
6)
Orang yang menunaikan solat Subuh, ia mendapat *JAMINAN dari Allah SWT*. (HR Muslim)
7)
Orang yang memelihara solat Subuh dan Asar akan *melihat Allah SWT di dalam
syurga* sebagaimana kita melihat bulan yang tidak terhalang. (HR Bukhori dan
Muslim)
8)
Orang yang memelihara solat Subuh dan Asar (di awal waktu dengan istiqamah) ia
*akan masuk Syurga*. (HR Bukhori dan Muslim)
9)
Barang siapa yang bunuh orang yang solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya,
sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dasar neraka. (Hadis riwayat
Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)
10)
Dari A’isyah r.a bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda:
”Dua
rakaat fajar, *lebih baik dari pada dunia seisinya.*” (HR. Muslim 725, Nasai
1759, Turmudzi 416, dan yang lainnya).
Kemudian,
juga hadis dari A’isyah r.a menceritakan,
Tidak
ada solat sunah yang lebih diperhatikan Nabi Muhammad SAW dari pada dua rakaat
fajar.
(HR. Bukhari 1169).
(HR. Bukhari 1169).
Solat
sunnat rawâtib (solat yang menyertai solat fardhu) tidak sama keutamaannya.
*Solat sunat Subuh menempati urutan teratas*. Sebab, Rasulullah SAW tidak
pernah meninggalkannya meski beliau berada dalam perjalanan.
11)
“Barang siapa *berjalan untuk solat wajib*(berjamaah) maka pahalanya seperti
*pahala orang yang berhaji dan ihram*. Barang siapa berjalan untuk solat sunah
maka itu seperti pahala umrah.” (Hasan; Shahih Al-Jami’ hadits no. 6556).
12)
“Barang siapa *berjalan untuk solat wajib* dalam keadaan sudah suci *(berwudhu
di rumah)*, maka ia seperti mendapatkan *pahala orang yang berhaji dan
ihram*….” (HR Ahmad).
13)
“Barang siapa solat Subuh berjamaah, duduk berzikir kepada Allah hingga matahari
terbit, lalu solat dua rakaat, maka ia mendapatkan pahala seperti *pahala haji
dan umrah* secara sempurna, sempurna, sempurna.” (HR Tarmizi).
14)
"Maka bertasbihlah kepada Allah S.W.T di waktu kamu berada di petang hari
dan waktu kamu berada di waktu subuh" (Q.S. Ar-Ruum [30] : 17)
Berdoa
dan merayulah kepada Allah SWT agar kita diberikan kekuatan untuk mengamalkan
*Solat Subuh di Masjid serupa sebagaimana kita Solat Tarawikh di Masjid.*
Semoga
uraian ini bermanfaat untuk kita semua.
Insya Allah . Aaaaamiin.
Wassalamu’alaikum
warahmatullaahi wabarakaatuh
Tidak ada komentar:
Posting Komentar