Senin, 25 Maret 2019

454 . APAKAH SEBENARNYA ‘TAQWA’?


Assalamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Bismillaahirrahmaanirrahiim.

TAQWA bukan sekedar melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan Allah .

Bukan sekedar  menunai ketaatan dan menjauhkan kemaksiatan. Bukan juga sekedar meninggalkan apa yang haram dan menunaikan apa yang fardhu.

Bukan sekedar menjauhkan yang syirik dengan beramal dan taat kepada Allah . Bukan sekedar menjauhkan diri dari segala apa yang akan menjauhkan diri kita daripada Allah  .

Bukan sekedar menghadkan diri kepada yang halal sahaja dan bukan setakat beramal untuk menjuruskan ketaatan kepada Allah  semata-mata.

Bila disebut TAQWA, kebanyakkan dari kita memahaminya sebagai takut kepada Allah  .


Takut kepada Allah hanyalah satu daripada sifat mahmudah yang terangkum dalam sifat TAQWA tetapi ia bukan TAQWA.

Takut dalam bahasa Arab ialah khauf atau khasya. 

TAQWA berasal dari perkataan waqa–yaqi–wiqoyah yang artinya memelihara.

Hujahnya ialah firman Allah yang artinya  ,

 “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu memelihara diri kamu dan keluarga kamu dari api Neraka.”

(At Tahrim: 6)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

461 . BAGI YANG ISLAM. TAK DIBACA SAYANG.

Assalamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaath. Bismillaahirrahmaanirrahiim. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya ...